MENGENAI HR MARKETING SDN BHD

HR Marketing Sdn Bhd telah ditubuhkan pada bulan Disember 1998, untuk menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.

Keseluruhan produk HR mempunyai keunikkannya tersendiri. Bahan utama yang digunakan dalam setiap produk HR adalah daripada susu kambing segar yang diperolehi dari ladang ternakan yang berkonsepkan mesra alam dan dijamin bebas daripada bahan kimia berbahaya dan tiruan. Ia telah dijual dan terbukti kehebatannya dan boleh digunakan oleh segenap lapisan masyarakat.

HR Marketing pastinya menitikberatkan penghasilan produk-produk yang bermutu tinggi dengan kepakaran teknologi yang mantap untuk menjadikan portfolio produk yang lengkap dan pelbagai iaitu - BERSIH, SUCI & HALAL.

No comments:

Post a Comment